Powered By Blogger

Sunday 4 December 2011

Result PMR

Ari nie 5/12/2011,,maknanya form 3 mesti takut2 skrg. Yelah ape yg tak takutnya,,result akan menunjukkan hasil usaha kita selama 3 tahun. Wkt Ting.1 dan 2,,xpernah trfikir untuk belajar rajin2. Lagipun byk lepak dgn kawan2,masuk sukan,,belajar pun asyik tido. Selalu tidur tak cukup,pastu tidur dalam kelas. Tak boleh nk tahan dah laa meja dalam barisan kedua..cikgu pula asyik dok ronda ja. Masuk Ting.3 nie,,ok lah ckit,sedar byk lah,,ada semangat nk berjaya,tp still melibatkan dalam sukan iaitu perbarisan. Saya brharap sgt result cemerlang,kalau boleh nk 8A,tp kalau xleh bagi laa 7A,,asalkan mama n abah n famly bahagia.. Hadiah tu tak kira laa sebab yg penting kebahagian ibu bapa dan famly. Niat belajar pon kerana Allah baru lah berkat ilmu. Saya harap pelajar skolah sy akan mnedapat result semerlang dan dapat menaikkan nama sekolah,,barulah bangga ckit. Doakan sy ek...!! :)

Bosan~

Hari nie,,adik2 aku ikut maksu pergi Perak. Jadi aku dan kakak aku je yg ade kat rumah,tp kakak aku balik esok. Bosan giler malam nie,tengok fb xde ape2 pon. Main game,ish,malas laa. Kalau aku pergi Perak awal2 kan syok,xlah membazir masa sgt. Rugi2.

Friday 4 November 2011

diriku permataku: Hari Raya Aidiladha...

diriku permataku: Hari Raya Aidiladha...: Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Lembu-lembu pun mesti sudah tidak sabar untuk d...

diriku permataku: Kisah Seram!!

diriku permataku: Kisah Seram!!: Hari Sabtu,saya dlm prjalanan pulang dari Kelantan brsama keluarga menaiki kereta. Kerana adikku,Aiman merungut supaya berhenti utk membeli ...

Hari Raya Aidiladha...

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Lembu-lembu pun mesti sudah tidak sabar untuk disembelih kerana bagi mereka disembelih pada hari raya Aidiladha amat berharga..Apa-apa pun selamat hari raya Aidiladha ya!!!

Thursday 3 November 2011

Kisah Seram!!

Hari Sabtu,saya dlm prjalanan pulang dari Kelantan brsama keluarga menaiki kereta. Kerana adikku,Aiman merungut supaya berhenti utk membeli makanan dan air,kami pun singgah di sebuah kedai makan sebelah masjid di Baling,Kedah. Saya cuma menikmati segelas air sebab penat sgt duduk dlm kereta sampai tak ada selera nak makan.

Di kawasan itu,banyak orang lalu lalang kerana di depan gerai makan nie ada deretan kedai jadi tak lah sepi sangat,dekat gerai nie pun dah bising sangat dengan bunyi tuan kedai tu...Selepas saya habis minum,mulalah rasa nak pi tandas nak buang air kecil,jadi saya pun ajak lah adik saya,Huda nie sekali..Tetapi anak saudara saja juga ingin ikut sekali,tapi tak apa lah,jadi kami pun masuk dalam masjid untuk mencari tandas.

Dalam kawasan masjid tu tak cerah pun,sepatutnya terang benderang sebab waktu nie orang mesti sembahyang Isyak(saya sudah solat jamak),,tp apa yang dapat lihat pun cuma beberapa org je yg dalam masjid,perempuan tak ada langsung. Tiba2 je,ada sorang lelaki nie dia menunjukkan arah ke tandas,saya dan adik pelik lah sebab bila masa pulak tanya dia nie,macam tahu2 je.

Jadi dah tahu jalan,kami pun pergi lah. Tapi tandas tu sebelah kiri masjid,dah laa jauh,lampu tak pasang pulak tu,adoih seram giler. Sebelum nak belok tu,saya dah nampak ada pokok2 bunga yg saya selalu nampak kat sesuatu tempat tapi tak ingat pulak masa tu. Bila dah sampai jalan terus ketandas tu,adoyaii,gelap gila,jauhnya,tak ada orang pun kat situ.Tapi saya terus berjalan dengan adik dan anak saudara saya nie.

Sampai je dekat setengah jalan nak pergi tandas tu,saya ternampak sebuah pagar,saya pun toleh,toleh2 je,ada KUBUR!!!! Ya Allah,saya pun terkejut sampai saya jerit,"Nie Kubur!!!"..Dan dengan kejamnya,saya meninggalkan adik n anak saudara saya nie. Tapi mereka pun lari jugak,..

Nasib baik la keluarga saya nie dah siap makan n minum,dan kami terus masuk dalam kereta dan mula bertolak. 30 minit kemudian,tiba2 je anak saudara saya buat perangai apa entah. Dia pukul 2 orang adik saya nie,saya duduk tepi sekali jadi tak kena pukul lah. Sampailah mereka tak tahan kena pukul dah,jadi mereka pun tukar tempat dengan mak saya..Saya cuba memegang tangan dia agar tidak memukul adik2 saya lagi,mak dan ayah saya membaca ayat Kursi untuk menenangkan dia.Saya pulak hanya menyebut "Lailahaillallah"...

Mata anak saudara saya merah dan perangai dia lain macam sangat,selalunya buat perangai sat je,nie dah hampir 1 jam,sampai penat saya pegang tangan dia. Akhirnya,dia dah sedar. Syukur,lepas tu dia langsung tak ingat apa2 yg berlaku tadi. Jadi kami pun buat macam biasa je lah.

Keesokan harinya,anak saudara saya nie bertanya kepada adik saya,Huda,," Kenapa Mak Teh pegang tangan Tisya?"-Jawab adik saya pun,"Sebab Tisya pukul Mak Teh.". Anak saudara saya ada kata dia nampak seorang perewmpuan nie,macam orang gila sebab rambut dia kusut,mata dia pulak merah.

Seram giler saya dengar yg adik saya cerita tentang anak saudara nampak nie. Tulis benda nie pun naik bulu roma.Sekian.

Wednesday 2 November 2011

Nilai Seorang Gadis

Semasa di alam persekolahan,saya mungkin tidak tahu tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jadi,saya bermain sesuka hati saje,yelah,masa kecil2 dulu,mana lah nak tahu tentang semua nie. Tapi, semasa kecil lagi saya sudah tahu apa ertinya persahabatan ini,dan saya tahu kawan mana yang boleh saya minta tolong dalam kesusahan. 


Apabila saya berada di tahap 2 di sekolah rendah,saya semakin mncuba utk brfikiran matang kerana susah sedar yg diri ini semakin dewasa. Saya masih ingat lagi ketika saya berumur 12 tahun,apa yang saya tahu hanya lah belajar dan dengan lelaki nie,saya cuma menganggap mereka sebagai teman belajar  utk brkongsi ilmu pengetahun.


Apabila saya masuk je alam persekolahan sekolah menengah nie,saya rasa macam tak percaya je,kdg2 tu trfikir jugak,,"sekolah menengah nie camne?''
Mungkin dalam masa beberapa hari je,kita boleh tahu beberapa trend trbaru dan berita yg baru sama ada baik atau buruk. Tapi saya nie,bukan jenis suka ambil tahu masa umur 13 thn tu,yelah,first masuk kena ikut peraturan,masih mentah lagi lah kan,hehe. 


Hidup saya nie sentiasa mesti ada lelaki sebab sekolah rendah n sekolah menengah masuk sekolah kebangsaan,jadi faham2 je lah. Mungkin kita akan rasa sedikit perasaan yg berkaitan dgn lelaki dan perempuan. Tapi kalau ikut perasaan,memang kita nak,tp sebelum tu kena fikr diri dan orang lain jugak kan. Tapi pergaulan saya mungkin terbatas kerana kalau kita buat salah mesti akan ditegur,kan?


Tapi,bila saya lihat sesetengah kawan saya nie,mereka nie dok main dgn lelaki macam tampar2 lah,mungkin mereka dah biasa tp saya bukan camtu. Keluarga saya selalu ajar supaya jgn mndekati lelaki jika tiada alasan yg kukuh.


Dalam pelajaran pun ada kata pasal batas pergaulan nie,jadi trbuktilah betapa pentingnya hal itu kepada kita. Dalam Islam pun ada kata perempuan nie hanya layak disentuh oleh suami mereka sahaja. Hmm,betapa tingginya darjat seorang perempuan nie kan...