Hari Sabtu,saya dlm prjalanan pulang dari Kelantan brsama keluarga menaiki kereta. Kerana adikku,Aiman merungut supaya berhenti utk membeli makanan dan air,kami pun singgah di sebuah kedai makan sebelah masjid di Baling,Kedah. Saya cuma menikmati segelas air sebab penat sgt duduk dlm kereta sampai tak ada selera nak makan.
Di kawasan itu,banyak orang lalu lalang kerana di depan gerai makan nie ada deretan kedai jadi tak lah sepi sangat,dekat gerai nie pun dah bising sangat dengan bunyi tuan kedai tu...Selepas saya habis minum,mulalah rasa nak pi tandas nak buang air kecil,jadi saya pun ajak lah adik saya,Huda nie sekali..Tetapi anak saudara saja juga ingin ikut sekali,tapi tak apa lah,jadi kami pun masuk dalam masjid untuk mencari tandas.
Dalam kawasan masjid tu tak cerah pun,sepatutnya terang benderang sebab waktu nie orang mesti sembahyang Isyak(saya sudah solat jamak),,tp apa yang dapat lihat pun cuma beberapa org je yg dalam masjid,perempuan tak ada langsung. Tiba2 je,ada sorang lelaki nie dia menunjukkan arah ke tandas,saya dan adik pelik lah sebab bila masa pulak tanya dia nie,macam tahu2 je.
Jadi dah tahu jalan,kami pun pergi lah. Tapi tandas tu sebelah kiri masjid,dah laa jauh,lampu tak pasang pulak tu,adoih seram giler. Sebelum nak belok tu,saya dah nampak ada pokok2 bunga yg saya selalu nampak kat sesuatu tempat tapi tak ingat pulak masa tu. Bila dah sampai jalan terus ketandas tu,adoyaii,gelap gila,jauhnya,tak ada orang pun kat situ.Tapi saya terus berjalan dengan adik dan anak saudara saya nie.
Sampai je dekat setengah jalan nak pergi tandas tu,saya ternampak sebuah pagar,saya pun toleh,toleh2 je,ada KUBUR!!!! Ya Allah,saya pun terkejut sampai saya jerit,"Nie Kubur!!!"..Dan dengan kejamnya,saya meninggalkan adik n anak saudara saya nie. Tapi mereka pun lari jugak,..
Nasib baik la keluarga saya nie dah siap makan n minum,dan kami terus masuk dalam kereta dan mula bertolak. 30 minit kemudian,tiba2 je anak saudara saya buat perangai apa entah. Dia pukul 2 orang adik saya nie,saya duduk tepi sekali jadi tak kena pukul lah. Sampailah mereka tak tahan kena pukul dah,jadi mereka pun tukar tempat dengan mak saya..Saya cuba memegang tangan dia agar tidak memukul adik2 saya lagi,mak dan ayah saya membaca ayat Kursi untuk menenangkan dia.Saya pulak hanya menyebut "Lailahaillallah"...
Mata anak saudara saya merah dan perangai dia lain macam sangat,selalunya buat perangai sat je,nie dah hampir 1 jam,sampai penat saya pegang tangan dia. Akhirnya,dia dah sedar. Syukur,lepas tu dia langsung tak ingat apa2 yg berlaku tadi. Jadi kami pun buat macam biasa je lah.
Keesokan harinya,anak saudara saya nie bertanya kepada adik saya,Huda,," Kenapa Mak Teh pegang tangan Tisya?"-Jawab adik saya pun,"Sebab Tisya pukul Mak Teh.". Anak saudara saya ada kata dia nampak seorang perewmpuan nie,macam orang gila sebab rambut dia kusut,mata dia pulak merah.
Seram giler saya dengar yg adik saya cerita tentang anak saudara nampak nie. Tulis benda nie pun naik bulu roma.Sekian.

No comments:
Post a Comment